Spread the love

Hari ni check up klinik desa padang malau. Baru hamil 24 minggu. Rasa banyak pulak appointment kena ikut. Tapi banyak dah settle sepanjang bulan 6.

Kena jumpa pakar pemakanan, jumpa Dr pakar. Biasala bila BMI terlebih ni. Kena jaga makan. Tak boleh cepat sangat naik. Tapi tak boleh juga kalo berat tak naik langsung. Dr cakap 0.22kg ja kenaikan untuk seminggu. Huhu. Ni baru lepas raya, sakan la naiknya. Dah naik 3 kg sebulan! Hehe.

Jadi hari ni kena check perut macam biasa. Ukur sana sini. Lepas tu, cari denyutan jantung baby. Alahai, baby dok tendang sana sini. Kesian nurse tu tak dapat cari bunyi yang jelas. Baby saja tak duduk diam. Terpaksa ibu mengiring pulak. Baru la dapat tangkap bunyi denyutan baby ni.

Lepas tu, kena cucuk pulak kat tangan untuk elak kancing gigi katanya. Lepas tu terus kena pergi kk beseri pula ambil darah untuk check HB. Nasib la  result HB ok. Yahooo! Merdeka kejap. Hehe

Tak sia-sia telan prenatal tiap pagi dan malam. Sembelit pun tak da. Kalau pregnant sebelum ni, puas telan macam-macam buah nak elak sembelit punya pasal.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *