Spread the love

Selepas melahirkan, masa dalam pantang perkara yang agak merunsingkan ibu adalah baby demam kuning atau Jaundice. Antara penyelesaian untuk mempercepatkan proses turun bacaan demam kuning adalah dengan menyusukan baby sekerap mungkin. Rupanya melalui penyusuan juga antara penyebab jaundice berpanjangan atau prolonged jaundice.

Mesti tertanya-tanya eh, kenapa pulak kan? Cik Wanie share kat sini 2 sebab kenapa jaundice tetap berpanjangan walaupun ibu dah kerap menyusukan baby.

Cekidaut. 😘❤👇

BREAST MILK JAUNDICE

Jaundice atau kuning kita panggil sebenarnya satu perkara biasa bagi bayi.
Yang luar biasa dan paling kita risau bila prolonged jaundice. Atau kuning berpanjangan.

Rupanya ada masalah kuning berkaitan dengan pemakanan si ibu.

Bila ibu makan makanan yang tak bersesuaian maka kuning bayi yang menyusu akan keep on naik.

Makanan dalam pantang yang panas seperti lada hitam, halia, dan sebagainya perlu dielakkan jika bayi mula kena kuning.

Jaundice ini dipanggil Breast milk Jaundice.
Yang mana kuning bayi lambat turun disebabkan pemakanan ibu dan bayi menyusu ibu sepenuhnya.

Boleh dikawal dengan mengawal pemakanan ibu.
Ibu mesti memastikan bayi berak dan kencing dengan lebih kerap.

Perhatikan juga warna najis bayi. Bila mana bayi kerap berak dan kencing, potensi jaundice berkurangan akan lebih besar.

BREASTFEED JAUNDICE

Bayi menyusu ibu. Kadang-kadang sampai terlena. Lamanya menghisap. Lenguh-lenguh dah ibu ni hari-hari. Tapi kuning bayi tetap tak turun. Malah makin naik.

Apa pulak masalah nya?

Pemakanan ibu juga dah kawal. Ibu sudah pun berpantang makan makanan yang berkemungkinan menaikkan jaundice.

Tapi bila pergi check. Tetap tak turun. Malah naik makin tinggi. Ibu pulak makin tertekan.

Sekiranya ini berlaku, dikuatiri sebenarnya baby kena breastfeed jaundice.

Bayi menyusu, lama. Tapi rupanya susu tak keluar. Cara lekapan bayi silap. Baby menyusu sampai penat dan tertido.

Kuning pulak makin naik bila baby kerap tido dan lama.

Ini dinamakan breastfeed Jaundice. Di mana bayi tidak mendapat susu dengan secukupnya. Nampak seperti kenyang, rupanya bayi penat.

Kesian kan?

Jadi ibu-ibu perlu belajar cara memberikan susu dengan betul kepada bayi.
Cara lekapan mulut bayi ke payudara amat penting.

Pastikan yang sebenarnya bayi memang menerima susu tersebut dengan berkesan. Teknik memberikan susu penting untuk ibu pelajari sebelum menyusukan bayi.

Semoga lebih jelas tentang perbezaan tentang Breastmilk Jaundice dan Breastfeed Jaundice ni ye.

Happy breastfeeding Mommies.❤

Mencari Set Pantang Mesra Baby Jaundice? Boleh hubungi Team Ellseekebabomz.

Set Pantang Mesra Baby Jaundice

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *