Spread the love

JANGAN!!!!!!

Kita sebagai ibu sering menggunakan perkataan #jangan’ ketika melarang anak. Anak-anak saya kalau saya kata jangan mesti reyau dan dan. 😅

Dah kata ‘jangan’ belakang tu tambah pulak akibat dia. Ibu-ibu perkataan kita suatu doa. Hati-hati.

Anak-anak saya kalau ada peluang akan panjat gril pintu depan. Saya akan kata ‘Jangan panjat satgi jatuh’ . Jangan harap depa nak turun. Nampak tak kita doa depa bagi jatuh.

Jadi saya ubah, ‘ Kakak pandai panjat naik, cuba kakak tunjuk ibu turun pulak, pandai dak?’ dengan la la tu dia turun sebab dia nak tunjuk kata dia pandai.

Nampak dak , perkataan kita mengubah emosi dan situasi ketika itu. Jom amalkan, semoga dipermudahkan kita menjaga anak-anak kita.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *