Spread the love

Hari ni genap 45 hari. Merdeka dah orang kata. Yeayy.

Sempena hari ‘kemerdekaan’ ni, akak nak share pengalaman dan tips berpantang sendiri dengan anak ramai.

Fuhhh. Berpantang sendiri dengan anak yang ramai ada cabaran tersendiri.

Cabarannya, selain diri sendiri dan baby, anak lain yang nakkan perhatian dan hal rumah tangga perlu diuruskan juga.

Memula tu akak jadi hijau😁. Tak menang tangan. Arghhh. Nasib baik ‘superman’ akak datang menyelamat.

Akak cuma uruskan diri sendiri dan baby, selebihnya diserahkan kepada superman. Masa tu lega sikit.

Tapi bila suami dah bekerja, pepandai sendiri akak kena uruskan. Pastu bila berpantang sendiri, tiada istilah berpantang sangat.

Maksudnya tak boleh rehat sangat. Ada je kehendak anak-anak kena turuti.

Baru nak baring, anak berebut mainan. Baru nak baring, ada anak yang berak. Mungkin hanya mampu berpantang makan😅.

Berdasarkan pengalaman ni, akak nak bagi tips untuk berpantang sendiri dengan hepi.

1. Time management

Time management sangat penting. Macam akak, pagi-pagi siapkan diri sendiri dahulu. Mandi, bertungku, sarapan.

Lepas tu boleh setelkan semua kerja rumah sebelum anak-anak bangun tidur.

Boleh buat kerja dengan tenang. Taklah nanti kelam kelibut nak buat banyak kerja. Taklah bertukar jadi hulk. Kerja rumah disini bermaksud kerja yang ringan-ringan sahaja.

2. Sediakan makanan yang cepat dan mudah disediakan.

Bab makan pula, standbai sesiap makanan yang cepat dan mudah disediakan. Contohnya bawang putih goreng, serunding halia.

Boleh juga dapatkan servis delivery makanan berpantang ke rumah dan hospital.

Zaman sekarang dah ada servis menyediakan makanan berpantang sejuk beku. Tinggal panaskan sahaja bila nak makan.

 

3. Pilih set berpantang yang sesuai.

Seeloknya pilih set berpantang yang mampu memberikan extra tenaga. Penting sebab perlu uruskan banyak benda. Tenaga sangat diperlukan.

Selain tu, pilih set berpantang yang mudah dan tak renyah untuk diamalkan bagi menjimatkan masa dan tenaga.

Perlu juga pilih set berpantang yang lengkap dalam 1 satu botol. Tak perlu amalkan macam-macam.

4. Upah Confinement Lady.

Bagi yang berkemampuan, upahlah Confinement Lady untuk menjaga waktu berpantang. Boleh berpantang dengan tenang.

Bagi yang tak mampu, takpe. Just enjoy tempoh berpantang tu. Tu kenangan terindah yang akan diingati sampai bila-bila.

Ni contoh confinement lady yang akak ambil di fb.

Kalau korang nak tahu. Masa berpantang tu akak guna set berpantang LaMamma.

Alhamdulillah luka bersalin 6 hari dah baik, badan rasa bertenaga tak macam dalam pantang, susu pon meriah yakmat. Lagi best sembelit pon tak berani nak dekat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *