Spread the love

 

 

 

Saya pernah melalui kegetaran hati seorang ibu bila dan hampir habis pantang. Alhamdulillah bayi sudah pandai menyusu secara terus (direct feeding). Fasa berpantang pun sudah hampir tamat. Namun, bila nak masuk kerja kembali, sungguh, risaunya nak tinggal bayi kat tempat pengasuh. Pelbagai suara detik di hati, ‘Mahu ke anak ni duduk dengan pengasuh? Mahu ke anak ni nak minum susu ibu dalam botol? Sempat ke nak pam susu?’. Banyak betul bisikan dalam hati ni. Tak kisahla anak pertama ke kedua ka ketiga ka, pasti akan risau sebab masing-masing lain perangainya.

Dari pengalaman saya sebagai wanita dan ibu bekerjaya, beberapa tips saya boleh share di sini. 

Persediaan Mental

Bersedia secara mental paling penting. Semangat kena cekal. Memang kurang rehat, kurang aktiviti tidur, kurang masa untuk kemas rumah, kurang masa nak keluar jalan-jalan dan memang penat. Mana nak kejar dateline kerja, mana nak layan kehendak bos, mana nak layan suami, mana nak pantau anak-anak sendiri. Sokongan keluarga juga sangat penting sepanjang waktu penyusuan ibu ni. Kalau tak bersedia, memang akan lemah di tengah jalan. Usaha kumpul susu ibu dan usaha pam susu ibu perlu diteruskan di mana sahaja tak kira tempat dan masa. Pam susu setiap 2-3 jam sekali. Mula awal untuk simpan stok susu. Disarankan 2 minggu selepas melahirkan. Jadikan kewajipan. SET dalam minda, kalau kita tak pam susu, bayi nak minum apa? Mana kewajipan kita sebagai ibu? Pahala berganda untuk ibu yang menyusu, siapa tak nak? Kelebihan susu ibu memang kena hadam betul-betul.

Surah AL-BAQARAH ayat 233:

“Para ibu bendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan juga seorang ayah kerana anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tabun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu bila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketabuilah bahwa Allah Mahamelihat apa yangkamu kerjakan.” (QS. Al-Baqarah: 233)

Persediaan Fizikal

Sebulan sebelum masuk kerja, perlu sediakan beberapa benda penting:

a. pam susu (pemilihan pam susu: ringan, tak bising, selesa-tak sakit, mudah dibawa, tak banyak bahagian untuk dibasuh),

b. botol susu (pemilihan botol susu: cuba ke atas bayi sebulan sebelum masuk kerja untuk biasakan bayi dengan puting botol susu),

c. plastik/botol penyimpanan susu ibu (sekali marker untuk tulis tarikh susu dipam) http://www.autumnz.com/breastfeeding/breastmilk-storage-solutions/storage-bags-bottles?product_id=2343,

d. pek ais (sekurang-kurangnya 4 pek- 2 pek ke pejabat, 2 pek dibeku dalam peti di selang-selikan) http://www.autumnz.com/autumnz-reusable-ice-pack-3-pcs-310gpc1?search=ice%20pack,

e. beg penyejuk yang mudah digalas untuk ke tempat kerja (boleh pilih beg pam yang sekali dengan beg penyejuk) http://www.autumnz.com/breastfeeding/breastmilk-storage-solutions/cooler-bags-bpump-bags-ice-gel/autumnz-posh-cooler-bag-with-free-gift-henna-pink-brown,

f. beg menyejuk untuk ke tempat pengasuh (kecil pun cukup untuk letak stok susu) http://www.autumnz.com/breastfeeding/breastmilk-storage-solutions/cooler-bags-bpump-bags-ice-gel?product_id=2335 ,

g. bra pad (ada pakai buang, ada yang boleh basuh) http://www.autumnz.com/image/cache/v1/DisBP1002lacypadAiii-500×500.jpg,

h. bra menyusu yang flexibel (mudah nak masukkan muncung pam yang agak luas),

i. baju menyusu yang mudah dan selesa (ada ruang yang mudah masukkan muncung pam dan tidak seksi)

Cara penyimpanan susu yang perlu tahu:

Susu ibu boleh tahan lama sehingga 6 bulan dalam peti sejuk beku (freezer). Tulis tarikh setiap plastik/botol simpanan. Kalau dalam peti ais biasa, susu boleh tahan sehingga 2 hari sahaja. Kalau guna pek ais, boleh tahan sampai 6-8 jam sahaja bergantung kepada pek ais. Sebab itu saya biasa guna 2 pek. Beg penyejuk boleh tahan lebih lama. Kalau ada peti ais di pejabat, lebih mudah la kerja penyimpanan. Kuantiti susu ibu pula bergantung kepada kadar penyusuan bayi. Kalau 3 bulan ke bawah,  4-5 oz setiap satu plastik/botol simpanan. Kalau bayi 4-6 bulan, 6oz-8 oz satu plastik/botol simpanan. Pernah jadi, susu tengah banyak, sampai 12 oz. Letak sekali semua dalam satu plastik/botol simpanan, bayi tak minum habis, terpaksa buang ja. Dah tak boleh simpan balik.

Persediaan Mental dan Fizikal Bayi

Bayi pun kena ready mental fizikal ke? haa. Penting tau. Bukan senang nak kawal mental fizikal bayi. Untuk penggunaan botol susu, pastikan botol susu yang berbentuk puting ibu. Bab puting ni kena ‘try and error’. Ada bayi yang nak puting biasa je, asalkan lembut. Ada bayi nak yang keras dan mahal. Nasibla. Jangan putus asa untuk mencuba sampai serasi. Nak cuba pun kena ambik masa. Lagi awal dipraktikkan, lagi bagus. Disarankan 2 minggu selepas bersalin sebab waktu ini, susu dah boleh mula dipam untuk buat stok susu. Pastikan yang bagi susu ibu dalam botol ni bukan ibunya sendiri. Kena bagi ayahnya, neneknya atau bakal pengasuhnya. Ibu kena ‘hilang’ buat sementara. Pergila mandi atau makan atau tidur. Asalkan jauh dari bayi. Orang tua-tua cakap, nak bagi bayi ‘hilang’ bau ibunya. Mula-mula memang akan nangis melalak semua ada. Tapi bila sudah lapar, bayi akan minum juga. Bagi dia paham, bila ibu tak ada, kena minum susu ibu botol. Insyallah.

Momentum kerja

Bila kita dah set sebagai kewajipan, waktu dan tempat tu bukan halangan.  Untuk kekalkan momentum kuantiti susu, kena pastikan kita pam susu setiap 2 ke 3 jam. Waktu siang, dah masuk pejabat, set masa, bila perlu pam susu. Jika ada meeting pun, teruskan pam. Tiada masalah dah sekarang. Masing-masing paham kelebihan susu ibu. Biasanya pihak majikan akan benarkan. Cuma sebelah pegang pam, sebelah tangan pegang pen or komputer la. Kecekapan diperlukan. Lama-lama, insyallah akan rasa sangat mudah.

Balik kerja, bersama bayi, teruskan pam sebelah, bagi bayi minum sebelah. Perlu buat untuk kekalkan kuantiti stok susu. Minum air banyak-banyak sepanjang hari. Supplement waktu ni memang sangat membantu untuk kekal cergas dan ceria bersama bayi kesayangan anda. Cubala PreMaMMA!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *