Spread the love

 

Bila sebut je X-ray, mula la kita terbayangkan radiasi dan terfikir, Ya Allah bahayanya X-ray.Mula la terbayang kes nuklear Hiroshima dan Nagasaki kan? Bahayanya bahan radioaktif.
Betul tak?

Alamak..

Macam mana kalau masa buat X-ray waktu tu tengah hamil? Mesti Cuak kan?

Sebagai permulaan, fahamkan dulu bagaimana sesuatu kekuatan x-ray itu di ukur. Kekuatan X-ray diukur dalam unit Rad.

Rad ialah unit yang menunjukkan berapa banyak radiasi yang di serap oleh badan.

Tahukah anda?

Radiasi sebenarnya bukan hanya terdapat pada bahan radioaktif. Radiasi juga wujud secara semulajadi daripada Matahari dan Bumi.

Contoh terbaik UV atau UltraViolet daripada matahari juga mempunyai radiasi. Jadi, sebenarnya memang setiap hari kita terdedah dengan radiasi.

Bayi dalam kandungan pula akan terdedah kepada kira-kira 100 Milirad radiasi semulajadi daripada matahari dan bumi juga ye.

Radiasi daripada prosedur X-ray di hospital sebenarnya tidaklah tinggi mana.

Contoh:
X-ray pergigian hanyalah 0.01 Milirad dan hanya memfokus pada bahagian muka.

X-ray dada – 60 Milirad
X-ray Abdomen 290 Milirad
CT Scan – 800 Milirad (Tidak digalakkan semasa hamil)

Jarang sekali X-ray mempunyai kekuatan lebih daripada 5 Rad.

Risiko pendedahan kepada x-ray adalah rendah, namun doktor mungkin menasihatkan supaya menangguhkan x-ray yang tidak perlu sehingga bayi lahir.

Apa pula risikonya terhadap bayi:
Bayi dalam kandungan yang pernah terdedah kepada lebih daripada 10 Rad didapati mengalami masalah pembelajaran dan penglihatan.

Namun, jangan bimbang sekiranya perlu melakukan prosedur X-ray. Jumlah yang diterima masih dalam julat yang selamat.

Juru x-ray juga akan memberikan penghadang sinaran yang bersesuaian kepada ibu semasa prosedur dijalankan. Sekiranya Ibu menerima radiasi daripada terapis (Radioterapi) sebelum mengetahui diri hamil, perlulah berbincang dengan Ahli Onkologi mengenai jumlah radiasi yang diterima bayi. Perbincangan ini penting supaya ibu bersedia menerima sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap janinnya.

Sesungguhnya setiap kejadian di muka bumi ini ada hikmah dan sudut pembelajarannya.

Sumber: Google 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *